Dalam terma yang lebih luas, ucapan kebencian ialah ucapan yang meluahkan rasa benci, permusuhan atau rasa tidak suka terhadap atau tentang seseorang berdasarkan keahlian dalam jenis kumpulan tertentu. Biasanya, kumpulan yang dirujuk dalam ucapan kebencian merupakan dari jantina tertentu (cth. wanita), orientasi seksual (cth. homoseksual), agama (cth. Muslim), atau etnik (cth. Rohingya); pun begitu ucapan kebencian juga boleh berdasarkan kaum, gabungan politik, kewarganegaraan, ideologi, identiti jantina atau mana-mana pengelompokan yang digunakan dalam masyarakat untuk membezakan kumpulan tersebut dan membuat andaian tentang mereka.
Ucapan kebencian bukan hanya mengenai apa yang diperkatakan secara lisan tetapi; teks bertulis, imej dan video yang mengandungi ucapan benci. Sebarang ungkapan yang membawa maksud ucapan kebencian, jika ia memaparkan sikap negatif, andaian, dan sebagainya mengenai sekumpulan orang.
Untuk memahami keseimbangan antara melindungi kebebasan bersuara dan melarang ucapan kebencian, ialah menerusi Perjanjian Antarabangsa PBB mengenai Hak Sivil dan Politik (1966) (penekanan ditambah):
Artikel 19:
1. Setiap orang berhak memiliki pendapat tanpa campur tangan.
2. Setiap orang mempunyai hak kebebasan berekspresi; hak ini termasuk kebebasan untuk mencari, menerima dan menyampaikan maklumat dan semua jenis cadangan, tanpa mengira sempadan, sama ada secara lisan, bertulis atau bercetak, dalam bentuk seni, atau melalui mana-mana media pilihan.
3. Pelaksanaan hak yang diperuntukkan dalam perenggan 2 artikel ini turut melibatkan tugas dan tanggungjawab khas bersamanya. Oleh itu ia mungkin tertakluk kepada sekatan tertentu, namun ia seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang dan penting:
(a) Untuk menghormati hak atau reputasi orang lain;
(b) Untuk melindungi keselamatan negara atau ketenteraman awam, atau kesihatan awam atau moral.
Artikel 20:
1. Sebarang propaganda peperangan harus dilarang oleh undang-undang.
2. Sebarang advokasi kebencian kebangsaan, kaum atau agama yang menimbulkan hasutan kepada diskriminasi, permusuhan atau keganasan hendaklah dilarang oleh undang-undang.
Artikel 20(2) menerangkan jenis ucapan kebencian yang paling berbahaya, dan harus difahami sebagai garis dasar dari segi ucapan kebencian yang harus dilarang. Walau bagaimanapun, pengertian tersebut agak sempit. Definisi yang lebih lanjut boleh dilihat di bawah:
“[…] ucapan kebencian merujuk kepada ekspresi yang menyokong hasutan untuk membahayakan (terutamanya diskriminasi, permusuhan atau keganasan) berdasarkan sasaran yang dikenal pasti dengan kumpulan sosial atau demografi tertentu. Ia mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ucapan yang menyokong, mengancam atau menggalakkan tindakan ganas. Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak, konsep ini turut melibatkan ungkapan yang memupuk prasangka dan sikap tidak bertoleransi dengan anggapan bahawa ia boleh mencetuskan diskriminasi, permusuhan dan serangan ganas yang disasarkan. (UNESCO, Melawan Ucapan Kebencian Dalam Talian, 2015)
“[…] semua bentuk ekspresi yang menimbulkan kebencian kaum, xenophobia, anti-Semitisme dan semua bentuk sikap tidak bertoleransi” (Majlis Jawatankuasa Menteri-menteri Eropah (Council of Europe Committee of Ministers), Syor Nom. R(97)20, 1997)
Analisis yang lebih lengkap, daripada Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, terdapat dalam Rancangan Tindakan Rabat (2013):
(a) Konteks: Konteks merupakan elemen penting apabila menilai sama ada kenyataan tertentu berkemungkinan mencetuskan diskriminasi, permusuhan atau keganasan terhadap kumpulan sasaran, dan ia mungkin mempunyai kaitan langsung dengan niat dan/atau penyebab. Analisis konteks harus meletakkan tutur laku dalam konteks sosial dan politik yang umum pada masa ucapan dibuat dan disebarkan;
(b) Penceramah: Kedudukan atau status penceramah dalam masyarakat harus dipertimbangkan, khususnya pegangan individu atau organisasi dalam konteks khalayak yang mana ucapan tersebut ditujukan;
(c) Niat: Artikel 20 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik menjangka niat. Kecuaian dan kelalaian tidak memadai untuk melabel sesuatu perbuatan menjadi kesalahan di bawah artikel 20 seperti dalam Perjanjian, kerana artikel ini memperuntukkan “advokasi” dan “hasutan” dan bukannya pengedaran atau sirkulasi bahan semata-mata. Dalam hal ini, ia memerlukan pengaktifan hubungan tiga segi antara objek dan tutur laku subjek serta penonton.
(d) Kandungan dan bentuk: Kandungan ucapan merupakan salah satu fokus utama perbincangan mahkamah dan merupakan elemen kritikal unsur hasutan. Analisis kandungan boleh melibatkan tahap di mana ucapan tersebut adalah provokatif dan langsung, serta bentuk, gaya, sifat hujah yang digunakan dalam ucapan atau keseimbangan yang dicapai antara hujah yang digunakan;
(e) Tahap tutur laku: Ia termasuk elemen seperti capaian tutur laku, sifat awam, magnitud dan saiz penontonnya. Elemen lain yang perlu dipertimbangkan termasuk sama ada ucapan itu umum, cara penyebaran yang digunakan, contohnya dengan satu risalah atau siaran dalam media arus perdana atau menerusi Internet, kekerapan, kuantiti dan sejauh mana capaian komunikasi, sama ada penonton mempunyai niat untuk bertindak ke atas hasutan tersebut, sama ada kenyataan (atau tindakan) itu diedarkan dalam persekitaran terhad atau diakses secara meluas oleh orang awam;
(f) Kebarangkalian, termasuk kepastian: Hasutan, mengikut definisi, adalah jenayah yang belum matang (sempurna). Tindakan yang disampaikan menerusi ucapan hasutan tidak perlu diterjemah ucapan tersebut sebagai jenayah. Namun begitu, beberapa tahap risiko bahaya mesti dikenal pasti. Ini bermakna mahkamah perlu mengenal pasti kewujudan kebarangkalian munasabah bahawa ucapan tersebut boleh menyebabkan tindakan menghasut terhadap kumpulan sasar, dengan menyedari hubungan tersebut sepatutnya boleh berbentuk langsung.
Akhir sekali, Artikel 19, sebuah organisasi yang memfokuskan isu pengucapan, menunjukkan keperluan untuk mengimbangi kebebasan bersuara dengan bahaya ucapan kebencian di dalam “Pyramid Ucapan Kebencian” di bawah (dari Artikel 19, ‘Ucapan Kebencian’ Dijelaskan: A Toolkit, 2015)
Untuk maklumat lanjut mengenai ucapan kebencian, sila lihat halaman Sumber kami.